Ahad, 28 Julai 2013

Pengubat Rindu


Krew Galaksi Dayasari pastinya masih terngiang-ngiang akan imbauan kenangan berteater. Al-maklumlah, pertama kali berkarya. Mungkin juga pertama kali berlakon sehingga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Hehe, kali ini cik Emon nak berceloteh saja tentang teater ini.


Teater Kanak-kanak yang cik Emon maksudkan, sudah tentulah Teater MESIN, teater karya PISMP A Ambilan Januari 2009. Skrip asal teater ini telah ditulis oleh cik Emon sendiri, tetapi telah diolah dengan baiknya oleh cikgu Farhana Sukre dan cikgu Dayangku Nurhazrin. 



Hah, inilah poster teater Mesin yang telah dipentaskan pada pukul 8.30 malam, 20 Oktober 2011 di Dewan Za'ba. Pementasan teater ini telah dibantu oleh Krew Gagak, warga PISMP B.


 

Namun, untuk menghilangkan kerinduan yang beraja, cik Emon telah menyediakan video untuk tontonan ulangan. Selamat menonton.


Lagu Tema Teater Mesin



Cik Emon : Sudah lama merinduinya. Ambillah pengajaran daripada kisah ini iaitu janganlah bersikap tamak dan memperguna orang lain untuk kepentingan diri sendiri...~_~

2 ulasan:

  1. Tq cik emon..akhirnya,terubat juga rindu yg beraja ni :p

    BalasPadam
  2. ~_~...Welcome...Susah dah nak cipta kenangan yang sebegini. AL-maklumlah masing-masing dah menuju ke alam kekeluargaan... Lagi pun, hajat dulu nak edit dan CD kan tak berkesampaian, jadi, inilah hasil ringkas kerja cik Emon...hehe...~_~

    BalasPadam