Khamis, 24 Februari 2011

Ku Intai Kembali Tirai Sanggar Usang...

Selamat bersua kembali...


Lama kiranya jemari ini tidak bertinta maya
Mencoret ceritera hati yang terbungkam sepi
Mungkin waktu tak mengizinkan aku bersua
Atau hati tak membenarkan ianya terjadi...

Tapi hari ini,
Aku kembali ke sanggar ini
Kembali ingin mencoret kisah suka duka bersama temanan di sini
Mengintai tirai carik berhabuk
Mungkin hanya sekadar perkongsian
Atau bacaan santai cuma...

Inilah aku
Yang dulunya lahir sebagai aku
Bertukar pendirian dan pemikiran menjadi aku
Dan kiri masih mencari hala tuju
Kerana aku belum sahih lagi
Mengenal siapakah aku...

Yang pasti aku hanya murba
Kerdil mentafsir
Jahil mentaswir...

2 ulasan:

  1. Nukilan yang baik... aku suka... kena sedikit dgn hati aku ini...

    Inilah aku
    Yang dulunya lahir sebagai aku
    Bertukar pendirian dan pemikiran menjadi aku
    Dan kiri masih mencari hala tuju
    Kerana aku belum sahih lagi
    Mengenal siapakah aku...

    aku suka rangkap ini... apa yg tersirat semamngnya aku terasa ia kena dgn aku.
    hmmm...
    terus mencoret....

    BalasPadam
  2. Betul juga tu Liza... Semakin kita meningkat dewasa, sepatutnya kita semakin matang berfikir... Sesiapa pun seharusnya kena berfikir cam tu...hehhehe...

    BalasPadam