Hah, kali ini, cik Emon nak cerita sedikit tentang sejarah asal-usul Doraemon. Walaupun sekadar anime, tetapi, di sebalik pengkaryaan anime ini, pencipta asalnya iaitu Fujiko dan temannya, Motoo Ajimoko, telah melatarkan asal-usul Doraemon secara lengkap dan menyeluruh.
Fujiko Fujio
Ayuh, kita selongkar beberapa perkara mengenai identiti Doraemon.
1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta sempena dua patah perkataan iaitu Dora dan Emon. Dora ialah istilah untuk kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula ialah kata ganti nama untuk haiwan jantan dalam bahasa Jepun. Jadi, maksud nama Doraemon ialah 'kucing jantan jalanan yang liar'!
Cik Emon : Nama cik Emon tiada kaitan dengan haiwan jantan, ya. Cuma, cik Emon sangat meminati anime Doraemon ini sejak kecil lagi. Tak salah kan jika cik Emon ambil sepatah kata untuk meraikan kartun pilihan hati?... Hehehe...
2. Bila tarikh lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh Doraemon dihasilkan.
Cik Emon : Wah, pemikiran pencipta anime ini sangat jauh ke hadapan! Tahun ini baru tahun 2013, masih ada 99 tahun lagi nak sampai tarikh lahirnya. Namun, yang hebatnya, anime ini telah dihasilkan pada tahun Disember 1969, 44 tahun ke belakang. Hebatnya...
3. Doraemon mempunyai kod pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot. Dengan nama inilah, ia dipanggil oleh pemilik kilang robot di mana ia dicipta.
Cik Emon : Mungkin MS-903 ni macam ISBN pada belakang buku atau pun macam nombor siri berserta cop SIRIM pada barangan elektrik. Apa pun nombornya, yang penting, penjenamaannya memang laris di pasaran. Hehehe...
4. Apa warna asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon ialah kuning. Setelah mendapat tahu telinganya digigit tikus, Doraemon dengan perasaan sedih yang teramat sangat, terus menyelinap ke atas menara dan meminum sejenis air ramuan berlabel 'kesedihan'. Ketika Doraemon menangis, warna kuning pada badannya luntur dan suaranya berubah disebabkan oleh ramuan itu.
Cik Emon : Andai kata cik Emon minum air ramuan 'kesedihan' ini, bolehkah cik Emon jadi putih?
5. Berapa jumlah alat yang ada di dalam poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa (Pintu ke mana saja), Tate Kopta (Alat terbang buluh), dan Time Machine (Mesin masa).
Cik Emon : Daripada tiga alat yang terkenal ini, cik Emon sangat suka dengan Mesin Masa. Tahu, sebab apa? Sebabnya, kita boleh tengok apa terjadi sebelum dan selepas sesuatu masa mengikut putaran masa yang kita sendiri tetapkan! Sehinggakan idea kisah Mesin Masa ini terbawa-bawa dalam penulisan skrip cik Emon untuk pementasan Teater Kanak-kanak di maktab dulu. Tajuknya : Mesin. Respons penonton sangat menggalakkan sehingga ada yang
request untuk pementasan semula dan pementasan jemputan di luar kampus. Hehehehe...
6. Doraemon ada nombor ajaib?
- 1293!!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg. Tingginya pula 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3 km/jam ketika dalam ketakutan disunat. Boleh melompat setinggi 129.3 cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangannya berukuran 129.3 mm, kakinya berdiameter 129.3 mm, dan diciptakan pada 3/9/2112.
Cik Emon : Nombor ajaib ini direka khas untuk Doraemon, ya. Bukan nombor ekor di Magnum, Sport Toto, dan yang sewaktu dengannya.
7. Di mana butang on/off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya yang berbentuk bulat dan berwarna merah.
Cik Emon : Huhu.... Ada juga butang on/off nya... Bolehlah Nobita off kan Doraemon bila nak gunakan alat Doraemon...Hihihi...
8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik-beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi, Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.
Cik Emon : Kiranya, bolehlah panggil Doraemon dengan gelaran 'Abang Doraemon' atau 'Abang Emon' pun boleh. Hihihihi...
9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot.
Cik Emon : Sekolah Robot ni mungkin dipenuhi dengar robot yang segala macam bentuk dan fungsinya. Guru Besar robot, cikgu robot, mak cik kantin robot, mak cik
cleaner robot, dan tukang kebun robot.
10. Bagaimana prestasi Doraemon di sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambilnya sebagai teman sehinggalah Sewaichi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.
Cik Emon : Kalau suruh cik Emon jaga, cik Emon nak bawa Doraemon ni ke sekolah. Jadi bahan bantu mengajar. Mesti efektif! Hahahhaha...
Sumber : http://cecetececete.blogspot.com/2013/04/kisah-doraemon.html
SEKILAS DALAM MEMORI
Dorayaki ialah makanan kegemaran Doraemon.
Doraemon pun memiliki blog juga. Sama macam cik Emon. Hehehe...
Jom mengembara dengan Mesin Masa.
Kamar impian cik Emon.
Pintu ke mana saja milik Doraemon.
Bentuk Mesin Masa yang diilhamkan oleh cik Emon dan kawan-kawan.
Kelihatan cik Emon sedang diperkenalkan oleh pengacara majlis sebagai salah seorang penulis skrip merangkap robot galaksi.
Warga Galaksi Dayasari yang membintangi Pementasan Teater Kanak-kanak : Mesin di bawah bimbingan Puan Kamaliah binti Siraj, pensyarah IPG KBM, KL.
Gambar kenangan warga Galaksi Dayasari bersama krew pada malam pementasan.
P/s : Sekadar perkongsian dengan warga pembaca sekalian. Cik Emon hanya
suka untuk berkongsi. Tontonilah tayangan Doraemon, pada hari Sabtu, jam
7.30 malam di NTV7.