Isnin, 7 Mac 2011

Hati Sering Ditegur...


Pasti kalian pernah berbicara
soal pemberontakan hati di jiwa.

Pasti kalian pernah menuturkan
rasa hati yang mencengkam
seolah-olah tiada nyawa yang berperasaan
merenggut tohmah pada relung batin yang tersimpan.

Bagi hati yang sering ditegur
kembalilah
tiada aksara yang tercatat
melainkan keredhaan yang merelakan
tiada kerlingan yang menghunjam deria matanya
hanya kerana menggamit sejenak
menyusur ke pangkal mafatih insan.

Hati yang senantiasa ditegur
nukillah ibtisam di tubir bibirmu
kala kembangan senyum itu terzahir
sukma pasti mekar
dalam segarnya serambi kesyukuran.

Buat hati yang tegar dengan teguran
mereka sering mengingatkan
bahawa cerucuk batu di hujung dan pangkal
bakal menghadap maharajanya
di balairung seri
setelah titah tuannya bertamu di sisi.

Sesungguhnya
tiada yang malang bagi hati yang sering ditegur
kerana
kasih manusia itu masih tebal berselimut
percaya manusia itu masih sopan merias nurani.

Janganlah bersedih wahai hati
janganlah bersendiri jika ditegur lagi...

7 ulasan:

  1. maksud hati anda ditegur??? ermmmm.......????

    BalasPadam
  2. kdg2 kita berniat utk wt benda lain....pas tu dtg sesuatu yg menghalang kita wt benda tu....pastu kita terpaksa akur...kdg2 situasi kta yg terhalang tu buatkan kita sedih, geram, terganggu sgt....tp mgkin itulah kptsan terbaik utk kita....tp beringtlah kpd si pengganggu, bhawa mati akn menghampiri jua...so, yg sering dihalang tu,rilex2 suda...hehehhe

    BalasPadam
  3. faiz, ayat power..huhu..perlu penelitian bila kala membacanya..

    BalasPadam
  4. hahahahaha...blum lg ko yg bermadah...pergghhhhh....meletup...

    BalasPadam
  5. heartbeat utk menjana pendapatan...... tak byk skadar suka2... mula2 usaha utk byr yuran pendaftran dulu.

    BalasPadam
  6. dasat ayat...
    sastera nih....





    jom singgah n follow belog saya...
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    BalasPadam